------------------------ ------------- GEMILANG BAHASA

Pages - Menu

Saturday 8 December 2012

Kelas Pemulihan LINUS


                         
Sebahagian daripada BBM yang ditampal di belakang kelas LINUS




Bahan-bahan bantu mengajar LINUS 



Bilik Pemulihan LINUS

Rancangan Pelajaran Harian ( LINUS )


                                                                                   
Tarikh / Hari    :    9.10.2012 (Rabu)                                   Masa            :  10. 35 – 11.05 ( 30minit )
Kelas               :   2 Pintar 2                                                Bil. Pelajar    :   15  orang                         
Mata Pelajaran:    Bahasa Malaysia Literasi ( LINUS )
Tema               :    Certa Rakyat
Tajuk               :   Si Tanggang
Objektif           :    Pada akhir pelajaran murid akan dapat.
i.              Memadankan 5  perkataan berimbuhan  dengan  kata dasar .
ii.             Menyebutn 5 perkataan berimbuhan awalan dan akhiran dengan betul.
Pengetahuan Sedia ada 
                               i.       Murid pernah dengar cerita rakyat
                              ii.       Murid pernah melihat cerita Si Tanggang dalam filem
                             iii        Murid tahu maksud imbuhan

Konsep                 :     Memahami cerita Si Tanggang  
Bahan                  :      Radio,  kad perkataan,  petikan dialog, lembaran kerja
Nilai                      :      Menghargai , berterima kasih
Kemahiran  / Unit :    5.0 Membaca dan memahami  ayat
                                  5.8 Membaca dan memahami ayat  tunggal yang mengandungi  kata imbuhan awalan dan
                                        akhiran.

.Sistem bahasa          :   a)    Tatabahasa    -  imbuhan awalan  .imbuhan akhiran 
                                       b)     kosa kata      -   ampun , maaf  , sayang
Pengisian Kurikulum  :
                                     a) Ilmu     -  Pendidikan   Agama / Moral
                                     b) Nilai    -   kasih sayang
                                     c ) KBT    -  konstektual
                                      d) KB      -  membuat kesimpulan





Langkah / Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set induksi
 ( 5 minit )

Memperdengar sedutan cerita

1.Guru memperdengarkan sedutan
    cerita SiTanggang .

2.Guru meminta murid meneka
    cerita  tersebut


1..Mendengar sedutan  cerita yang    
    perdengarkan

2.Murid meneka cerita tersebut.


BBM -radio

Perkembangan

   Langkah 1

(  10 minit )

Membaca dialog

Perkataan berimbuhan awalan dan akhiran


1.Guru mengedarkan petikan
    dialog

 2. Guru  mengarahkan murid
    membaca senyap.dan
    menggariskan perkataan yang
    ada imbuhan awalan dan
    akhiran.

3. Guru membaca dan murid
     mengajuk bacaan guru.

4..Kemudian guru meminta  dua
     orang    murid membaca kuat
     dialog tersebut dengan
     sebutan   dan intonasi yang
     betul .

5   Guru meminta murid menyebut
     perkataan berimbuhan  yang
     telah digariskan  secara lisan.

6. Guru meminta murid memilih
     perkataan berimbuhan dan
     menampal pada papan tulis.


7.Guru meminta murid menyebut
     perkataan yang telah siap
     ditampal oleh murid.



1.Murid mengambil petikan dialog.


2.Murid membaca senyap petikan
    dialog dan menggaris perkataan
    yang ada imbuhan awalan dan
    akhiran..


3. Murid mengajuk bacaan guru


4. Dua orang murid membaca
    petikan dialog di hadapan kelas.




 5. Murid menyebut perkataan  
     berimbuhan yang telah mereka
     digariskan itu.

6..Murid memilih kad perkataan
     berimbuhan awalan dan akhiran
     serta menampal di papan tulis..


7. Murid menyebut perkataan
     berimbuhan  yang telah murid    
     tampal.


Petikan dialog





















BBM
Kad perkataan

Langkah 2
( 9 minit )

Pertandingan lakonan

1.Guru mengadakan pertandingan
    lakonan .

2. Murid melakonkan watak secara
    berpasangan dasarkan petikan
    dialog tersebut.

3.Guru menyampaikan hadiah
   kepada tiga pemenang terbaik.



1.Murid memilih pasangan
    masing-masing..

2. Murid melakonkan watak
    berdasarkan petikan dialog yang
    diberi.

3. Kumpulan yang menang
    menerima hadiah daripada guru.




Hadiah disediakan guru

Langkah 3

( 5 minit )

Membuat latihan

1. Guru mengedarkan lembaran
     kerja


2. Murid diminta memadankan kata
   dasar dengan kata berimbuhan.


3.Guru meminta murid memberi
   yang telah mereka jawab.


1.Murid mengambil lembaran kerja
    dan menulis nama masing-
    masing.

2. Murid memadankan kata dasar
    dengan kata berimbuhan .


3, Membincang jawapan bersama-
    sama guru.

BBM – kad perkataan








Penutup

( 5 minit )

Menyanyi lagu ‘Dengar Pesanan’

1. Murid diperdengarkan lagu 
    ‘Dengar Pesanan’

2.Murid menyanyikan lagu
   tersebut.

3.Murid menyatakan perkataan
   berimbuhan yang telah dipelajari.




1.Murid mendengar lagu.


2. Murid menyanyi lagu.


3.Murid menyebut perkataan
    berimbuhan yang telah dpelajri

Carta seni kata lagu

Radio


Wednesday 14 November 2012

Panduan Mudah Mencipta Pantun

Kemahiran mencipta pantun adalah salah satu daripada kemahiran menulis yang harus dipelajari oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu atau Kesusasteraan Melayu.. Sebagai bahan kreatif, penciptaan pantun seharusnya digubah menggunakan bahasa yang indah, puitis dan berkesan bagi menyampaikan pemikiran.

Ciptaan juga harus mengikut prinsip ciptaan puisi terutama puisi tradisional yang agak terkawal sifatnya. Berikut diberikan panduan ringkas tentang proses kreatif mencipta pantun.

 Langkah 1
Latihan perbendaharaan kata 1.
  • Perlu mencari dan menyenaraikan sebanyak mungkin perkataan sama ada perkataan baru atau perkataan lama (arkaik).
  • Penggunaan kamus sangat digalakkan.
  • Sebagai permulaan bolehlah senaraikan 50 perkataan dan tambahlah dari semasa ke semasa.
  • Senaraikan perkataan yang berkaitan dengan nama objek atau unsur alam bagi dijadikan pembayang pantun.
  • Selain menyenarai, juga perlu mengetahui, mengenali dan memahami makna, bentuk dan sifat objek berkenaan.
  • Laksanakan dengan cara membuat buku skrap atau buku catatan khas.
Nama/ perkataan

Gambar/ lakaran/ lukisan

Keterangan ringkas (erti, sifat, bentu dll)

  • Pada peringkat awal, bolehlah menyenaraikan nama-nama objek alam yang biasa digunakan dalam percakapan harian atau biasa ditemukan dalam buku teks sekolah, akhbar harian atau dalam karya sastera tradisional atau moden.
  • Perkataan berkenaan mungkin berkaitan dengan alam buana (seluruh isi darat/ laut/ air) atau alam dirgantara (seluruh isi angkasa raya).

Langkah 2
  • Susunlah perkataan berkenaan mengikut kelompok masing-masing.
Contoh : 
Objek daratan
§  Nama tumbuhan/ pokok : jati, merbau, rambutan, langsat, pisang
§  Bunga-bungaan : melati, kemboja, sena, kiambang, cempaka
§  Buah-buahan : rambutan, manggis, tembikai
§  Sayuran : lobak, petola, peria, cabai, kangkung
§  Binatang dan unggas: harimau, jengking, labah-labah, beruang, semut, Geofizikal daratan : gunung, sungai, lembah, paya, jurang, pulau 

Objek air/ lautan
§  Nama ikan sungai, paya dan kolam : keli, sepat, haruan, talapia,
§  Nama ikan lautan : kerisi, tamban, selar, tenggiri
§  Geo fizikal lautan/ sungai : pantai, selat, ombak, tebing, muara 

Objek angkasa raya
§  Bulan
§  Bintang
§  Matahari, suria 

Nama-nama lain
§  Kisah / cerita : sejarah, mitos, legenda, cerita rakyat
§  Tokoh sejarah : Hang Tuah, Bahaman, Mat Kilau
§  Anasir alam : banjir, bah, ribut, taufan, gempa
§  Benda kegunaan harian : tikar, permaidani, tudung saji, meja, kerusi
§  Perkakas rumah : radio, senduk belanga,
§  Perhiasan : gambar, lukisan, arca, pasu
§  Nama negeri : Pahang, Melaka, Johor
§  Nama pengangkutan darat, air, angkasa : kereta, perahu, kapal terbang

Langkah 3

Latihan perbendaharaan kata 2

  • Senaraikan objek/ sikap/ sifat manusia
  • Digunakan bagi membina bahagian maksud pantun, iaitu baris ketiga dan keempat.
§  Anggota tubuh : kepala kaki, tangan, mata, mulut, lutut, perut
§  Sifat : gemuk, pendek, putih, panjang, kurus, tinggi, cantik, cerdik.
§  Sikap : rajin, malas, bijak pemarah, berani, baik hati, tanggungjawab

Langkah 4

Latihan Membina Skima Rima/ Bunyi

Susun atau padankan perkataan mengikut bunyi suku kata hujung yang sama bermula dengan ba hingga baz , seterusnya ca hinggacaz , dan berikutnya, mengikut turutan huruf yang sesuai.

lumba-lumba
Kesumba
Tiba
Cuba
tuba
Lembab
Sebab
Kebab
Rebab
sembab
Lebah
Sembah
Rebah
Kubah
gubah
Rambai
Cabai
Lebai
Tibai
lambai
Kerbau
Taptibau
Lembau
Imbau
Rembau

Langkah 5

Latihan menyusun kalimat/ ayat (1)
Membina frasa pembayang maksud
  • Berdasarkan senarai kata yang dikumpulkan, susun untuk dijadikan kalimat, frasa atau ayat yang bermakna.
  • Untuk membina pembayang maksud pantun, pilih perkataan yang menggambarkan unsur/ objek alam (binatang, tumbuhan, bungaan, geofizikal, objek angkasa raya)
  • Sebaiknya objek alam itu objek yang indah sama ada dipandang, didengar, dirasa, digambarkan.
  • Sebaiknya terdiri daripada 4 patah kata dan 8-12 sukukata sebaris
  • Cantumkan dengan perkataan lain bagi menghasilkan bahasa yang indah dan sedap didengar.
  • Pastikan sukukata hujung mempunyi bunyi (rima) berselangan iaitu ab.
  • Sebaiknya ada hubungan makna (cerita) antara baris pertama dan baris kedua.

Contoh :
Lumba-lumba di teluk dalam,
Hilir mudik main gelombang

Anak kerbau bermain paya,
Mati tersepit punggur rebah,

Manis rasanya buah rambai,
Mari dimakan pagi hari,

Langkah 6
Latihan menyusun kalimat / ayat (2)

Membina Maksud Pantun

  • Pilih perkataan yang mengandungi unsur manusia.
  • Pastikan rima hujung berselangan ab;ab
  • Susun empat patah perkataan / 8-12 suku kata sebaris

Contoh :
Sungguh manis wajahmu puan,
Sekali pandang rasa tak puas.

Kalau hidup selalu berbudi,
Sepanjang masa dikenang orang.

Jika hendak menjadi pandai,
Rajin-rajinlah membaca buku.

Langkah 7

Latihan Membina Pantun Lengkap
  • Tetapkan tema pantun yang hendak dicipta
  • Ikut ciri bentuk pantun (empat baris, 4 patah perkataan, skima rima hujung ab;ab, ada pembayang dan ada maksud)
  • Fikir dan tuliskan baris maksud dahulu.
  • Kemudian barulah difikirkan padanan baris pembayang.

Contoh :

Tema : Keilmuan

Tuliskan dahulu baris maksud.

……………………………
Jika hendak menjadi pandai,
            Rajin-rajinlah membaca buku.

Kemudian fikirkan baris pembayang

Pakai baju kain cindai,
Koyak sedikit terkena kuku;
……………………………..

Cantum dan susunkan empat baris berkenaan menjadi

Pakai baju kain cindai,
Koyak sedikit terkena kuku:
Jika hendak menjadi pandai,
            Rajin-rajinlah membaca buku.

Langkah 8

Latihan Mengedit Pantun

  • Fikir semula tiap patah perkataan yang dipilh sebagai pembayang atau maksud sama ada mempunyai sifat puitis atau tidak.
  • Apakah perkataan yang dipilih bagi bahagian pembayang sesuai untuk menggambarkan rasa bagi maksud pantun.
  • Perhatikan adakah bunyi rima tengah pantun tersebut berselangan ab;ab seperti bunyi hujung ab;ab.
  • Fikirkan sama ada maksud pantun berkenaan digambarkan secara langsung atau berkias.
  • Fikirkan apakah perkataan yang pilih berupaya menggambarkan kod budaya masyarakat.
  • Fikirkan apakah ada perkataan yang boleh menjadi kata kunci bagi menggambarkan maksud keseluruhan rangkap pantun berkenaan.
  • Fikirkan juga logik makna bagi idea pantun tersebut.

Bagi contoh pantun yang diciptakan tadi, beberapa penambahbaikan boleh dilakukan.
Antaranya memadan dan memilih perkataan kedua tiap baris bagi membentuk skima rima tengah yang berselangan ab;ab sama seperti skima rima hujung.

Mungkin bahasa pantun ini menjadi lebih puitis dan sedap dilafazkan, jika diubah begini :

Pakai terendak  berkain cindai,
Koyak sebelah terkena kuku:
Jika hendak menjadi pandai,
            Rajin-rajinlah membaca buku.

Mencipta pantun memerlukan kesabaran dan penguasaan bahasa yang banyak dan teliti. Namun dengan latihan berterusan dan kesabaran tinggi, anda pasti mampu menjadi seorang pencipta dan pemantun yang baik.