KATA GANDA
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada proses opengulangan sesuatu perkataan.
- Kata ganda penuh
~ Kata yang diulang keseluruhan kata dasar.
Contoh : buku --> buku-buku , murid --> murid-murid
- Kata ganda separa
~ Kata yang dibentuk dengan cara menyingkatkan bahagian pertama kata ganda penuh.
Contoh: rambut-rambut --> rerambut , tupai-tupai --> tetupai
- Kata ganda berentak
~ Kata yang mengalami persamaan bunyi di awal, tengah atau hujung sesuatu perkataan.
Contoh : bukit --> bukit-bukau , kayu --> kayu-kayan
- Kata ganda berimbuhan
~ Kata ganda yang diberi imbuhan sama ada imbuhan awalam , akhiran , apitan atau sisipan
Contoh : ronta --> meronta-ronta , malam --> semalam-malaman
.........................................................................................................................................
KATA HUBUNG
- Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih kata frasa, klausa atau ayat.
Contoh : dan, atau, kerana, maka, lalu, agar, apabila, sambil, tetapi
Contoh ayat :
* Nasi yang ditanak menjadi lembik kerana terlebih air.
* Raju dan Teong sama-sama belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Endah.
No comments:
Post a Comment